Articles

Update - Penghantaran, Waktu Operasi, Peta Lokasi

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah tamat sudah tahun 2012 yang penuh dengan cabaran dan dugaan, namun segala apa yang dilalui kami insyallah memberikan pengatahuan dan pengalaman yang lebih baik bagi kami untuk berkhidmat kepada anda semua. Bermula dengan tahun baru dan nafas baru ini kami telah memperkenalkan polisi atau terma dan syarat baru bagi perkhidmatan penghantaran kami. Hal ini dikemaskini bagi meningkatkan mutu efficiency dan mutu perkhidmatan kami kepada anda semua.

Berikut merupakan kemaskini Terma dan Syarat - Penghantaran:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terma dan Syarat:

1) Sebarang tempahan mesti dilakukan sehari sebelum penghantaran

2) Penghantaran kurier atau pengambilan pesanan terus daripada kedai boleh dibuat setiap hari kecuali hari Ahad dan Cuti Umum.

3) Penghantaran percuma untuk tempahan 10kg dan ke atas bagi kawasan Klang dan Shah Alam hanya dilakukan pada hari Selasa dan Jumaat sahaja.

4) Bagi tempahan kurang daripada berat minimum ataupun luar daripada hari penghantaran yang dinyatakan bagi pembeli kawasan Shah Alam dan Klang, pembeli mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan penghataran kurier dengan kadar penghantaran normal ataupun pembeli boleh terus datang ke kedai kami untuk mengambil pesanan sendiri tanpa sebarang caj tambahan.

5) Bagi pembeli yang ingin mengambil pesanan sendiri pada hari yang sama adalah tertakluk pada stok yang sedia. Sila hubungi kami untuk semak stok sebelum datang ke kedai kami.

6) Kos penghantaran kurier adalah ditanggung sepenuhnya oleh pembeli seperti kadar yang ditetapkan. Sebarang perubahan berkenaan kos penghantaran yg ditetapkan pihak kurier akan kami kemaskini dari masa ke masa.

Maklumat penuh berkenaan penghantaran boleh dilayari di link di bawah:

Perkhidmatan Penghantaran Seluruh Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemaskini Waktu Operasi:
Monday: 10:00 am - 5:00 pm
Tuesday: 10:00 am - 5:00 pm
Wednesday: 10:00 am - 5:00 pm
Thursday: 10:00 am - 5:00 pm
Friday: 10:00 am - 5:00 pm (Closed During Friday Prayer)
Saturday: 10:00 am - 5:00 pm

Sunday: Closed

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini Peta Lokasi:
Alhamdulillah, syarikat kami kini diiktiraf Google dan kini anda bole menggunakan Google Maps untuk search lokasi kedai kami dengan menggunakan keyword ; 'Shieda Aizz Blended'
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
016-3913673 (Shida)
016-6301634 (Faiz, Malaysia)
+64221925519 (Faiz, Whatsapp, New Zealand)
Terima Kasih

 

 
 

SSL Security

You are here: Home