Kelebihan Kami

  •  BERPENGALAMAN - Shieda Aizz Blended kini telah genap EMPAT TAHUN beroperasi sejak 2011 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemprosesan serbuk Ice Blended untuk kegunaan perniagaan dan rumah. Pelbagai siri RnD telah dilakukan sejak penubuhan syarikat oleh staf-staf kami yang berpengalaman. Kini semakin tersohor dalam kalangan peniaga mahupun pengguna dengan penjenamaan terbaru Yammy Station (Disember 2013).
  • PRODUK ANAK TEMPATAN - Syarikat Shieda Aizz Blended merupakan 100% syarikat milik penuh anak melayu tempatan. Produk kami disediakan khas memenuhi citarasa seluruh rakyat Malaysia. Kami amat teliti akan produk-produk keluaran pihak kami untuk kegunaan umum sama ada dari segi kebersihan dan juga kualiti produk kami.
  • HARGA TERBAIK - Kenapa and perlu tinggikan kos modal berniaga untuk menyediakan kualiti produk yang terbaik untuk pelanggan sedangkan anda boleh peroleh produk bertaraf lima bintang pada harga yang sama! Bandingkan kualiti powder dan harga yang kami tawarkan berbanding syarikat lain. 
  • KUALITI TERJAMIN - Powder kami menggunakan adunan rahsia dan teknologi pengadunan berkualiti tinggi. Powder keluaran kami tidak akan mendap apabilla sudah menjadi air. Kami memastikan powder keluaran kami manis, penuh berkrim dan mempunyai rasa yang setaraf jenama-jenama terkemuka.
  • TIADA KOS TAMBAHAN - Anda tidak perlu menambah gula atau susu kerana dengan sukatan kami, serbuk kami sudah cukup manis untuk menghasilkan ice blended terbaik di pasaran.
  • KESEGARAN PRODUK DIYAKINI - Disebabkan permintaan tinggi produk keluaran Shieda Aizz Blended. Kami sentiasa menghasilkan stok-stok baru setiap 3 hari bekerja. Anda tidak perlu risau tentang kesegaran produk yang anda peroleh kerana stok powder di kedai kami sentiasa baru.
  • KUALITI PEMBUNGKUSAN TERBAIK - Bagi memastikan kesegaran produk keluaran pihak kami, kami memastikan produk kami dibungkus menggunakan plastik yang tahan lasak dan kedap udara. Ini dapat memastikan produk kami sentiasa segar untuk kegunaan pelanggan walaupun disimpan untuk tempoh masa yang panjang. Produk kami kekal kesegarannya sehingga 1 tahun selepas tarikh pengeluaran.
  • PERNIAGAAN TELUS - Kami sudah menjadi pembekal tetap kepada pelbagai restoran, peniaga di Malaysia. Syarikat kami berdaftar sah dibawah SSM dan mempunyai kedai fizikal dan pusat pemprosesan bahan di Klang. Anda boleh datang terus ke kedai kami sekiranya terdapat sebarang kesulitan. Kami akan sedia membantu.
  • PENGHANTARAN - Perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah disediakan ke seluruh Malaysia pada harga yang sangat berpatutan serendah RM1/KG!* Meskipun dengan peningkatan kos minyak dan penghantaran barang syarikat kurier, pihak kami mengetahui keperluan peniaga untuk mengurangkan kos perniagaan justeru pihak kami memberi subsidi lebih 60% daripada kos sebenar penghantaran kepada pelanggan. Ini menjadikan kos penghantaran kami serendah RM 1/KG. Anda juga boleh datang sendiri untuk self-pickup tempahan anda daripada kedai kami di Klang tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos penghantaran.
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN PELANGGAN TERBAIK - Kami menyediakan konsultasi dan nasihat kepada peniaga baru secara percuma. Kami yakin kepuasan anda adalah matlamat kami.
  • BOIKOT ISRAEL - Mulai Ogos 2014, pihak kami mengambil inisiatif untuk menghentikan penggunaan bahan asas yang menyumbang pada keganasan penduduk di Palestin. Kami telah menggantikan penggunaan bahan-bahan daripada syarikat Nestle seperti Nescafe dan Milo dan digantikan dengan bahan alternatif premium lain yang mengekalkan kualiti produk kami pada tahap optimum.

Flyer

 

Tentang Kami

Pengurusan Shieda Aizz Blended

 
 

SSL Security

You are here: Home Kelebihan