Tentang Kami

by Akmal Razali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Kami, Shieda Aizz Blended merupakan pembekal dan pengilang serbuk ice blended, serbuk ice coffee dan minuman sejuk berpengalaman di Malaysia. Kami bersedia menawarkan khidmat nasihat dan ilmu perniagaan kepada anda,bakal pelanggan kami yang berminat untuk bersama-sama kami berkecimpung dalam bidang perniagaan minuman sejuk sendiri tanpa memerlukan modal yang besar. Variasi produk yang kami tawarkan sememangnya lazat dan berkualiti serta harga yang ditawarkan adalah berpatutan di samping pulangan untung yang lumayan, insyaallah. Perniagaan ini sangat mudah dijalankan dan sesuai untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan lagi menguntungkan jika dilakukan secara tetap. Kami yakin kerana kami sendiri sudah mencubanya.

Syarikat dan pusat pemprosesan kami yang terletak di Rantau Panjang, Klang strategik bagi menghubungkan peniaga diseluruh Malaysia. Kami menyediakan khidmat konsultasi secara percuma bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan ini. Anda hanya perlu melawat kami untuk mendapat segala ilmu tentang strategi perniagaan yang kami akan sediakan.

Terima kasih atas sokongan anda.

Tentang Kami

Pengurusan Shieda Aizz Blended

 
 

SSL Security

You are here: Home Pengenalan