Yammy Station

Yammy Station

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bersyukur ke hadrat Illahi , dengan izin-NYA jenama Shieda Aizz Blended sudah bertapak dalam pasaran selama 4 tahun. Bermacam-macam pengalaman yang kami peroleh dalam tempoh yang singkat yang membantu mengukuhkan prestasi pengeluaran dan kualiti produk-produk kami. Alhamdulillah terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada semua pelanggan kami yang tidak pernah berhenti memberi semangat dorongan sehingga tahap yang kami berada sekarang. 

Syarikat Shieda Aizz Blended kini telah sampai satu tempoh matang dan bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan penjenamaan baru dan pemasaran lebih meluas disamping mengekalkan jaminan kualiti perkhidmatan pelanggan terbaik kepada semua pelanggan baru mahupun kepada ratusan pelanggan sedia ada. Dengan keyakinan dan sokongan pelanggan yang yakin dengan pengalaman, kebolehan, kualiti produk dan perkhidmatan yang berkualiti yang ditawarkan pihak kami boleh pergi ke peringkat lebih jauh menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa insyallah.

Pengurusan pihak Shieda Aizz Blended sebulat suara untuk membuat penjenamaan semula (rebranding) dengan memilih Yammy Station sebagai jenama baru kami. Setakat ini kami masih lagi mengekalkan nama Shieda Aizz Blended dan juga memperkenalkan Yammy Station sebagai jenama baru kami. Penukaran akan dibuat peringkat demi peringkat. Apa yang pasti Shieda Aizz Blended dan Yammy Station dimiliki oleh syarikat yang sama. Yammy Station bukan hanya fokus kepada jualan ice blend semata-mata dan kami mempelbagaikan jualan seperti YAMMY’S CHOC CAKE dengan pelbagai topping yang menarik dan mengiurkan dan YAMMY’S AISKRIM POTONG pelbagai perisa. Nantikan kemunculan produk-produk baru kami di bawah Yammy Station.

Yammy Station

Shieda Aizz Blended (Ice Blended Supplier)

 
 

SSL Security

You are here: Home Pengenalan Yammy Station